PARIT BUNTAR: Pemandu maut manakala seorang penumpang cedera apabila van kilang yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Besar Tanjung Piandang, Kuala Kurau, di sini, hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian itu berlaku sekitar jam 5.45 pagi tadi.
Sejurus itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau dibantu Parit Buntar bergegas ke lokasi kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah van pekerja dan treler. Terdapat dua mangsa tersepit iaitu pemandu van, seorang lelaki berusia 40-an yang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Seorang lagi ialah penumpang hadapan van, seorang wanita berumur 30-an yang mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, komander operasi melaksanakan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER serta mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat.
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Operasi yang membabitkan kekuatan seramai 14 anggota bomba itu tamat pada jam 8.07 pagi.
Aida Aziz
Tue Apr 02 2024
Kemalangan berlaku awal pagi ini di Jalan Besar Tanjung Piandang, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, antara sebuah van kilang dan sebuah treler, mengakibatkan pemandu van maut dan seorang penumpang cedera. - Foto JBPM Perak
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Kemalangan maut: Orang ramai diminta tampil salur maklumat
Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Parit Buntar mendapati punca kematian mangsa disebabkan severe head injury'.
Pemandu maut, penumpang cedera, nahas babit van kilang dan treler
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 5.45 pagi ini.
Van kilang terbabas, 10 termasuk pemandu cedera
Pemandu van kilang tersepit, manakala sembilan lagi penumpang terdiri daripada pekerja wanita dan lelaki cedera.
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis
Dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, empat hingga lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak itu.